Assalamualaikum.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.
Sekali lagi. dengan izin Allah,jari-jari ini diberi kekuatan untuk terus menulis di atas kanvas sepi ini.Diri ini bukanlah hamba yang sempurna segala galanya.Banyak khilafnya. Sempurna hanya milik Dia. Cuma hanya cuba untuk dilihat "sempurna" pada pandangan Dia. Insya Allah.
Bila ditanya tentang sebuah IKHLAS, diri ini cuba mencongak disebalik kelebihan dan kekurangan diri yang Dia berikan. Ikhlas itu satu kelebihan atau satu kekurangan dalam diri ini. Bermonolog sendiri. Adakah semua perkara yang dilakukan hanya Ikhlas kerana Allah? tanpa mengharap balasan dari manusia?.
Duhai HATI. Diri ini sedang mendidikmu . Ku harap, kau berlapang dada dengan ku. Memberi ruang terhadapku untuk terus mendidikmu. Bukan untuk memaksa, tapi untuk meraih nikmaNya disana nanti. Ku takut, engkau menyesal nanti. Ikhlas itu antara kita dengan Allah sahaja. Tidak boleh dilafazkan tapi boleh dizahirkan. Diri kita ikhlas bila hati tidak meletakkan pengharapan kepada sesiapa. Jiwa rasa penuh kehambaan bila diri melakukan sesuatu dengan ikhlas.Jika terasa ingin mengungkit semula kebaikan yang telah dilakukan, cepat-cepat Istighfar. Syaitan sedang berbisik dengan kita. Jangan letih memberi dalam hidup. Tidak semua kita dapat balasan dengan apa yang telah kita lakukan.Kadang-kadang apa yang kita harap, yang lain kita dapat. Sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. sampaitan kita mengeluh dan terus mengeluh. Kau dengarkan HATI.
Duhai HATI, ingatlah.Tuanmu sedang menguji kamu. Setakat mana kau ini redha dengan setiap apa yang Dia berikan. Jika DIA zahirkan ikhlas dengan turunnya hujan emas, mesti semua manusia merebut ikhlas setiap hari. Tapi DIA sembunyikan. Ada hikmah disebaliknya. Takut hambanya akan menjadi lebih riak dan sombong berjalan dengan megah didunia.Ingat itu HATI.
Syurga itu sangat misteri HATI. Dengan apa yang telah Dia janjikan di dalam Kalamnya, tidakkah engkau mahu merebutnya. Nikmat Syurga itu tidak terjangkau dengan akalmu itu. HATI, ku tahu engkau mampu melakukannya.
-buat sahabatku ku tahu kau mampu untuk memilikinya-
wassalam
yang mengharapkan ikhlas Darinya,
HAMBA HINA.










